PERTUBUHAN ALUMNI
THOMIAN 94
(PPM-007-13-03022015)
LATARBELAKANG
Cadangan
penubuhan pertubuhan ini telah dibangkitkan sewaktu Majlis Makan Malam
Ulangtahun ke- 20 Kelas 1994 SMB St Thomas yang diadakan di Garden Heritage BBQ
Steamboat, Jalan Nanas, Kuching, pada 19.12.2014 yang lalu.
Selepas
itu, usaha telah dijalankan oleh ahli-ahli Jawatankuasa yang telah dilantik
pada majlis tersebut, dan akhirnya “Pertubuhan Alumni Thomian 94” telah
ditubuhkan dengan rasminya pada 03.02.2015, dibawah kelulusan pihak Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sarawak. Pertubuhan ini diwakili oleh bekas
pelajar-pelajar S.M.B. St. Thomas, Kuching, iaitu lepasan Tingkatan 5, Kelas
1994 dan yang di lahirkan pada 1977.
MATLAMAT
Penubuhan
Pertubuhan ini adalah bermatlamat untuk:
1.
Menyatupadukan bekas pelajar-pelajar “S.M.B. St. Thomas Kuching – Kelas
Tingkatan 5 1994 dan yang lahir pada tahun 1977”. (turut merangkumi tadika,
sekolah rendah & sekolah menengah)
2.
Memupuk semangat persahabatan dan persefahaman di kalangan ahli-ahli.
3.
Menjaga kebajikan am ahli-ahli berdasarkan kemampuan dan keupayaanubuhan.
4.
Mengadakan aktiviti-aktiviti, kerjasama atau gabungan dengan
pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
5.
Memupuk perpaduan nasional serta mempertingkatkan hubungan persahabatan dan
semangat kekitaan melalui progam-program pertubuhan
6.
Mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan dan kebajikan yang akan memberi
faedah kepada ahli pertubuhan dan komuniti.
MOTTO
INTEGRITI,
IDENTITI, KOMITMEN
INTEGRITI:
Sentiasa
ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.
IDENTITI:
Sentiasa ingat kepada asal-usul dan
tidak mudah lupa diri.
KOMITMEN: Sentiasa komited
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tanpa mengira agama, bangsa dan
Negara.
No comments:
Post a Comment